Mobile Number Portability

Nak Kekalkan Nombor Lama? Tukar ke Eastel Je.

Tak perlu tukar nombor untuk cuba Eastel. Dapatkan SIM, pilih Port-In semasa pendaftaran dan terus guna talian lama sementara proses berjalan.

Nombor Kekal Tak perlu maklumkan nombor baharu kepada semua orang.
Prepaid & Postpaid Kedua-duanya boleh mohon kekalkan nombor lama.
Guna Macam Biasa Terus guna talian lama sementara proses berjalan.
Port-In nombor lama ke Eastel
Mudah Je

3 Langkah, Nombor Lama Kekal Sama

Tak perlu pening dengan proses yang panjang. Ikut aliran ini dan tunggu pengesahan daripada telco.

Dapatkan SIM Eastel

Pesan SIM Eastel dahulu dan tunggu sehingga SIM sampai kepada anda.

Pilih Port-In

Buka Self Registration, pilih Port-In dan lengkapkan maklumat yang diminta.

Tunggu SMS Berjaya

Bila SMS pengesahan diterima, barulah masukkan SIM Eastel anda.

Jangan tukar SIM terlalu awal. Terus guna talian lama seperti biasa dan masukkan SIM Eastel hanya selepas menerima SMS pengesahan berjaya.

Semak Dulu

Sebelum Mula, Pastikan 4 Perkara Ni Dah Beres

Status talian lama perlu bersedia sebelum permohonan dibuat. Buat semakan ringkas ini supaya proses anda lebih lancar.

Selesaikan semakan ini dahulu supaya anda tak perlu berhenti di tengah proses pendaftaran.

Talian Masih Aktif

Nombor lama masih boleh membuat dan menerima panggilan.

Tiada Kontrak Aktif

Pastikan tiada komitmen kontrak dengan telco semasa.

Bayaran Dah Selesai

Jelaskan tunggakan dan kredit pinjaman atau SOS terlebih dahulu.

Talian Individu

Supplementary line perlu ditukar kepada talian individu dahulu.

Dah Bersedia? Buat Port-In Sendiri.

Lengkapkan pendaftaran secara online. Tak perlu pergi ke kedai.

Mula Pendaftaran
Soalan Lazim

Yang Selalu Orang Tanya Tentang Port-In

Tekan soalan untuk lihat jawapan ringkas sebelum anda mula.

Port-In membolehkan anda bertukar ke Eastel tanpa menukar nombor telefon. Nombor yang keluarga, kawan dan pelanggan sudah simpan kekal sama.

Ya. Pelanggan prepaid dan postpaid boleh memohon untuk mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.

Supplementary line perlu dipisahkan dan didaftarkan sebagai talian individu atau principal terlebih dahulu dengan telco semasa sebelum permohonan Port-In dibuat.

Tak perlu. Perkhidmatan lama akan ditamatkan selepas proses pertukaran ke Eastel berjaya. Pastikan sahaja tiada kontrak atau tunggakan yang belum selesai.

Biasanya antara 1 hingga 3 hari bekerja. Tempoh sebenar boleh berbeza mengikut telco asal dan status permohonan anda.

Hubungi ejen anda melalui WhatsApp dan beritahu status atau mesej yang anda terima.

Masih Tak Pasti?

Tanya ejen atau AI kami dulu. Kami bantu semak langkah yang sesuai sebelum anda mula.

Pesan SIM Sekarang

Penghantaran SIM ke seluruh Negeri di Malaysia.